| pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sarongan MSb | roh jahat yang merasuk seseorang. | Kemungkinan mayat suaminya akan dirasuk oleh roh jahat yang digelar sarongan, biarpun dia telah menghidupkan unggun-unggun api di sekeliling rumahnya sejak semalam. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk | 1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran). | Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |