| tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara ‘tusut’ pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk | 1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran). | Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tumpa Ib | gelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban. | Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |