| endai Ib | kata seru yang menyatakan kekesalan. | Endai wai, aku ini mahu merumput dengan kau wai,? kata perempuan itu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| teluk-pisok, *telok-pisok* Ml, MSr, Sk | di segenap tempat. | Biarlah dia duduk di mana-mana sahaja di ruang rumah dan teluk-pisok agar dia dapat makan dengan selesa sampai kenyang. Kelak apabila diharapkan untuk memberi pertolongan dan bantuan, dengan sekali seru namanya pun dia sudah datang. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |