| barong MSb | parang. | Pergelutan terhenti. Malai tegak kembali. Tapi lelaki yang tersungkur bangkit semula lalu meluru ke arahnya. Sepantas kilat Malai mencabut barong yang tersisip di pinggangnya. Musuh yang datang ditunggu dengan langkah yang bersedia. | Alungei | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bergempuruk MSr | berkumpul. | Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| melasik MSr | membersihkan rumput-rumput/semak, babat. | Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |