| kelimut MSb | umpat. | Perbuatan begitu tidak menjadi kebiasaan di sini, Yanti. Perbuatan engkau menyertai sepak manggis itu pun sudah amat luar biasa di sini. Mungkin namamu akan dikelimuti oleh orangorang di sini. Engkau tahulah masyarakat kampung. Pak Hilun menyatakan rasa bimbangnya. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nawang Ib | perihal tanaman padi yang tidak menjadi kerana terlepas musim menanam. | Kalau kami kelihatan kira-kira waktu subuh, awak mesti membuat kerja huma atau manggul. Kalau kami sudah berada di tepi atau di bingkai langit, awak mesti menugal. Kalau kami sudah melimpasi bingkai langit, bererti padi tidak akan tumbuh di huma itu atau nawang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selap Ib | rumput yang tumbuh di kawasan gersang. | Tanah yang begitu tandus amat menyedihkan kami, Hanya tumbuh lalang bersama rumput selap padi, Kerana selalu dibakar api, Tempat Dayak berhuma padi tidak menjadi, Disaingi rumput padi mati, …. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pulau Ib | kawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gimbaran MSb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| melaban Ib | sejenis pokok yang tumbuh di hutan. | Selepas Puteri itu mandi, tubuhnya bertukar muda kembali. Sebenarnya kulit pokok melaban sentiasa berganti-ganti, dan begitu juga sekiranya seorang manusia di bumi memiliki tangkal batu kulit melaban, dia tidak berubah menjadi tua walaupun usianya telah meningkat. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| belingau Ib | sejenis keladi liar. | Menyedari bahawa ia tidak terdaya melepaskan diri Jabar lalu menukar dirinya menjadi tumbuhan keladi belingau. Keladi liar jenis ini berbau. tersebut dia akan mengatakan bau itu bau Jabar. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ulun I MSb | orang suruhan, hamba (bahasa halus). | Huma dan sawah mereka luas. Ramai ulun mereka “ulun” inilah menjadi tenaga kerja kepada orang-orang kaya itu, sebab itu mereka tidak lapar. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |