| tukak Ib | ranjau yang diperbuat daripada buluh nibung atau kayu yang dibentuk runcing di hujungnya. Ia dipasang di tanah untuk melukakan kaki sesiapa yang memijaknya. | Ketika musuh-musuh yang melarikan diri itu berlari di atas titian, titian itu pun patah. Kesemua musuh lalu terjatuh bersama titian yang patah itu. Ada yang mati dan ramai yang tercedera ditembusi tukak yang dipasang oleh Berauh Ngumbang di bawah titian. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lalau Ib | kayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh. | Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |