| terkanjat Kh, MSr | terperanjat, terkejut. | Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pogil Tb | sejenis tumbuhan berkayu yang berjenis ringan, pucuknya boleh dibuat ubat. | Pak Odok turut tersenyum. Parang di tangannya dimasukkan ke dalam sarung yang terikat di pinggangnya. Pak Odok duduk di atas sebatang kayu. Nanak meletakkan basikalnya di bawah pohon pogil. Dia duduk di sisi Pak Odok. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| peridi Ib | banyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia). | Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lemanta, *lemantak* Ml, MSr | 1. tepung rumbia. 2. tepung sagu. | Tiap-tiap hari tubuhnya turut berjemur dengan tepung lemanta. Tubuhnya terbiar dicubit panas terik matahari. Upahnya berapa sen cuma. Tepung lemanta tiada harga. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| indu Ib | wanita; perempuan; betina (binatang); induk. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| melokan MSr | mencari lokan. | Sejak Ipin dan Juak mengajaknya melokan di Sungai Bayor beberapa hari yang lalu, keinginannya untuk turut serta meronta-ronta. Lalu persetujuan antara dia dan Ipin serta Juak pun termeterai. | Antologi Cerpen Meminggir Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gar Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pua kumbu Ib | kain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut. | Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sangod Kd | kepala musuh (hasil daripada mengayau). | Mengikut ayah lagi, kedua-dua datuknya masih memakai kalung dengan pecahan tengkorak burung tersebut. Apabila datuknya meninggal dunia maka segala pakaian, tangkal dan sangod turut dikubur bersama. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |