Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usia
Rujuk :umur

Puisi
 

Nyiurlah muda dipolah pengat,
     Dimakan orang di pagi raya;
Badanlah muda jangan tak ingat,
     Usia belum orang dah binasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
andong-andong umang Kysejenis tarian tanda kesyukuran kerana lahirnya bayi.Tarian Andong-Andong Umang akan ditarikan dengan tujuan agar anak berkenaan dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki sepanjang hidupnya kelak.Tarian Sambut Kelahiran BayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumurut Kdtempoh pembesaran kanak-kanak yang berusia 1 hingga 15 tahun.Di dalam tempoh yang dipanggil "sumurut" ini, mereka mula belajar mengenal nama-nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. Setelah mencapai usia 15 tahun, mereka selalunya telahpun hampir tamat mengenali semua nama binatang dan tumbuh-tumbuhan.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ensenga Ibbubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan.Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas