Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Peribahasa

Berkeras tidak berkeris.

Bermaksud :

Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mempertahankan bahasa Melayu baku usaha sia-siaAkhbar:  Utusan Malaysia12.02.2000
Mempertahankan hak orang MelayuOthman MamatHarian Metro25.07.2005
Cabaran Mempertahankan Bahasa MelayuSalina OsmanUtusan Melayu13.11.2006
Berjuang ... mempertahankan gambusJamaludin ImanUtusan Malaysia18.03.1995
Demi mempertahankan hakAbahMingguan Malaysia12.03.1995
Cabaran mempertahankan diri menjelang tahun 1980anAhmad BoestamamMingguan Malaysia18.11.1979
Demi mempertahankan kemajuan (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia01.09.2004
Dasar RTM mempertahankan bahasa Melayu tidak guna bahasa rojakTiadaUtusan Malaysia29.05.2009
PLM sokong mempertahankan bahasaTiadaUtusan Malaysia13.11.1993
Silat diiktiraf seni mempertahankan diri kebangsaan-Kosmo Ahad11.06.2006
12

Kembali ke atas