Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, ber­senang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa se­ronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menyenangkan atau me­nyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menya­mankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seronok dibaca sesuai untuk remajaRashid Haji AhmadUtusan Malaysia10.10.1983
Seronok baca karya suamiAbu Hassan AshariUtusan Malaysia09.07.1994
Seronok dihujani surat peminat - Khairuddin AyipLee Cheong BengBacaria30.04.1988
Seronok menjadi ahli politikAdam A. KadirUtusan Malaysia22.08.2002
Seronok lempar, kuis gasingAmran AbdullahHarian Metro (variasi)16.03.2005
Seronok jumpa orang ramaiZakiah HanumMetro Ahad20.08.2000
DAP seronok Melayu pecah?Pak SakoWatan27.08.1988
Lazat, seronok dan cantiknya berpoligamiShahnon AhmadUtusan Malaysia21.09.1991
"Saya seronok keputusan Samad" - Prof Datuk Ismail HusseinTiadaWatan16.08.1990
Kampung Seronok: jadi pusat kesenianKalsum AhmadBacaria01.12.1993
123

Kembali ke atas