Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bai] | اباي

Definisi : cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan meng­abaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabai­kan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bai] | اباي

Definisi : tidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abai


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Abai keluarga, isteri bawa diri dalam Cerita Malim Deman-Berita Harian12.12.2006
Usah abai ilmu MelayuNazmi YaakubBerita Harian26.04.2007
Tidak abai rumahtanggaRosli Abu HassanMingguan Wanita09.08.1991
Korporat abai bahasa MelayuNurul Adlina KamaludinBerita Harian09.10.1996
IPT abai bahasa MelayuTiadaBerita Harian20.07.1998
RTM abai kegiatan sastera?Raja Yusoff Raja AriffinBerita Harian24.08.1989
Jangan abai bahasa CinaTiadaWatan28.03.1991
Jangan abai karya picisanMulia KurniawanBacaria24.08.1994
Usah abai anak sulung apabila adiknya lahirAdibah AminBerita Harian05.05.1985
Jangan abai guna bahasa MelayuTiadaBerita Harian30.08.1992
123456

Kembali ke atas