Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Adat-adat yang kian dilupa di SabahSyed Jamil JaafarBerita Minggu22.12.1974
$200,00 untuk filemkan adat-adat rakyat TerengganuTiadaUtusan Malaysia04.02.1980
Seminar tradisi lisan mengenai adat-adat MelayuTiadaBerita Harian12.11.1973
Adat disanggah, adat disanjung di Sungai UjongA. F. YassinBerita Harian (Sastera dan Budaya)25.05.2002
Pantun adat: pancaran adat MelayuNur ArifBuletin Utama17.01.1994
Yang tersurat bukanlah adat yang tersirat itulah adatAbu Bakar AliUtusan Melayu06.11.1963
Adat penting 10perkahwinanHidayah MohammadBerita Harian05.09.2008
Adat untuk cantikKandau SidiBerita Harian16.07.2008
Adat lama dipuliharaNik Hariff HassanBerita Harian26.07.2008
Adat Dusun Lotud masih kekal teguhJohary IndanBerita Harian23.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas