Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lur] | الور

Definisi : 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila mem­bajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ ber­tempuh, jalan berturut prb dilakukan me­nurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lur] | الور

Definisi : lekuk memanjang pd tanah (kayu dsb). ~ air aliran air di kawasan bencah. ~ bibir (hidung) lekuk yg terdapat di antara hidung dgn bibir atas. ~ sungai dasar sungai yg berlekuk dalam. ~ tengkuk lekuk yg terdapat di tengkuk. beralur ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alur

Peribahasa

Tumbuh pada alur sudah diturut;
     tumbuh pada jalan sudah ditempuh.

Bermaksud :

Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Meniti Alur PelangiLucas TalipBorneo Mail08.05.1995
Sindiran tajam Alur SesatNazmi YaakubBerita Harian08.08.2006
Menuju Ke Alur TimurJ. M. AzizMingguan Malaysia01.08.1982
Tebing dan AlurChu E LiangBerita Minggu14.05.2000
Arifin dan tiga alur sungaiAbd Naddin Haji ShaiddinUtusan Borneo04.05.2009
Minggu Pelajar GPMS Alur Gajah dapat sambutanJaafar NeematUtusan Malaysia06.09.1984
Kursus intensif GPMS Alur gajah berjaya hasilkan 38 pelajar 5ATiadaUtusan Malaysia22.02.1984
Kelas bimbingan GPMS Alur Gajah mendapat sambutanTiadaUtusan Malaysia22.02.1984
Kursus Tabika GPMS Alur GajahTiadaUtusan Malaysia22.02.1984
Di Day Training Centre, Alur SetarAwang Had SallehUtusan Malaysia03.04.1991
12

Kembali ke atas