Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.man] | امان

Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gang­guan atau sesuatu yg tidak menyenang­kan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd putera­nya; mengamankan 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) meng­aman­kan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.man] | امان

Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aman

Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Aman Haji Ahmad: pelukis yang kembaliHasmah YusoffMingguan Watan03.09.1995
AmanNoor Azam ShairiMingguan Malaysia22.09.1996
Aman DamaiBaha ZainBerita Minggu16.03.2003
Aman MalaysiaSuhaili Che KobBerita Minggu09.03.2003
Himpunan aman 100,000 serah memo PPSMI tetap diteruskanTiadaBerita Harian05.03.2009
Bukit Aman (sempena peringatan Hari Polis ke-201)Mustafa HarisMingguan Malaysia13.04.2008
Pak Aman penyeludupTiadaMingguan Malaysia15.06.1997
Pustaka Aman Press utuh menerjah zamanWan Ramli Wan MuhamadUtusan Malaysia22.01.1994
Tiger Aman - peninju pujaan Abdul Rahim KajaiZabhaUtusan Melayu25.02.1982
Darul AmanZurinah HassanUtusan Zaman01.09.1967
12345678910...

Kembali ke atas