Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Antara "di antara" dengan "antara"Muhammed Salehudin AmanUtusan Malaysia27.11.2007
Antara Tersurat Antara TersiratAminWarta Perdana05.03.1995
Penggunaan antara, di antaraFoziah TaibBerita Harian28.02.1996
Kekeliruan penggunaan di antara dan antaraTiadaUtusan Sarawak03.06.2008
Antara tugas dan keluarga antara peminat dan dukalaraZainal AbbasHarian Nasional27.01.1984
Kekeliruan menggunakan antara dan di antaraFoziah TaibBerita Harian26.09.1996
Antara pengulas dan pengkritikMad Sakiran Haji SulaimanUtusan Borneo03.05.2009
Antara rimbun-rimbun cintaNor Hidayah AsariNew Sabah Times03.05.2009
Antara Abraham dan LailaJane MajuningHarian Ekspres02.11.2008
Antara Aku, Engkau Dan DiaMarlinaNew Sabah Times15.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas