Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra] | ارا

Definisi : 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra] | ارا

Definisi : beberapa jenis pokok, Ficus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bagai ara hanyut.

Bermaksud :

Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pokok Ara Di Tepi PusaraAsmuin SatriHarian Express15.12.1984
PerdjalananAra, L. KHarian Abadi07.08.1971
TibaAra, L. KHarian Abadi24.07.1971
KemerdekaanAra, L. KHarian Abadi17.07.1971
L. K. Ara baca puisi dalam pesawatSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia25.06.1994
Sayang, Tanjung AraAhmad MahmudMingguan Malaysia21.08.1976
PrasangkaAraBacaria26.06.1991
Cerita Sepohon AraBadri AhmadSabah Times15.03.1991
KehilanganAraMedia Hiburan30.10.1992
PetakaARAMingguan Islam01.12.1986
1234

Kembali ke atas