Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1. bunyi kuat: ~ meriam berdentum; 2. dengung, deru, gema: ~ anak panah; 3. bising, suara riuh rendah: ~ tentera berjalan; 4. sl kata, suara; menteri yg muda menghambur ~; membahana 1. menjadi bergema, bergaung, dll kerana sesuatu bunyi; 2. ki menjadi jelas, terang, menjadi nyata: masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi; membahanakan menyebabkan menjadi bahana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : sl 1. berbeza; 2. luar biasa, amat (elok, besar, dll): paras adinda terlalu ~, lemah lembut sedang perdana; ® behena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1. kerana, sebab: tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; 2. sesuatu yg timbul disebabkan drpd sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dsb), terutamanya yg kurang baik atau yg buruk, kesan, akibat: engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; kuncupan aktiviti ekonomi negara yg berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, spt meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1 bunyi yg kuat spt bunyi petir, meriam dsb. 2 bunyi yg bergema atau berdengung, spt bunyi anak panah yg dilepaskan dr busur. 3 bunyi bising yg tidak keruan; riuh-rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1 kerana; oleh sebab: Tubuhnya kurus kering ~ menghisap dadah. 2 sesuatu yg berlaku (biasanya yg kurang baik atau yg buruk) akibat sesuatu kejadian, perbuatan dsb: Itulah ~ akibat ingkar perintah Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahana


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahana 'The Satanic Verses'TiadaUtusan Melayu18.02.1989
Bahana budaya komik di kalangan anak-anakDaeng RamliakilUtusan Malaysia26.07.1994
Majalah Bahana berwajah baruTiadaPelita Brunei14.03.1984
Percik BahanaJamaludin DMetro Ahad11.11.2001
Sistem pendidikan bahasa di IndonesiaHasan, KhailaniBahana Mahasiswa01.07.1989

Kembali ke atas