Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jampi sikit-sikit, sembur banyak-banyakHantu RayaUTusan Melayu14.04.1980
Banyak drama banyak pula ragamnya?TiadaBerita Harian10.10.1985
Banyak udang banyak garamSamad IdrisMingguan Malaysia19.11.1989
How banyak is banyak?Adibah AminThe Malay Mail09.10.1973
How banyak is banyak?Adibah AminNew Straits Times03.08.1975
Benarkah ejaan baru tak banyak berubah? tapi banyak juga bertambah!TiadaUtusan Melayu07.03.1991
Banyak cara lain daulatkan bahasa MelayuAJK PIBGUtusan Malaysia03.02.2009
Banyak berjasaBernamaHarian Metro25.01.2007
Banyak kelemahanTiadaMetro Ahad22.07.2007
Banyak yang istimewa (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia04.07.2007
12345678910...

Kembali ke atas