Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bekerja dan bekerjaK. BaliSabah Times20.03.1993
Bekerja dan terus bekerjaK. BaliSabah Times16.10.1991
Bekerja dengan nelayan di CirebonTiadaMingguan Malaysia24.11.1996
Bekerja untuk IslamTunku Abdul RahmanWatan20.04.1983
Hikmat bekerja begotong royongTiadaUtusan Zaman15.09.1985
Kerajaan bekerja rapat dengan penerbit-penerbit bukuTiadaBerita Harian01.12.1977
Samad bekerja semula di New Straits TimesTiadaUtusan Melayu02.11.1984
Ethika bekerja Jepun: antara idealisme dengan realismeAhmad BoestamamMingguan Bumi22.05.1982
Isteri bekerja adalah suri rumah yang baik - La RoseRusdina IbrahimMingguan Malaysia14.02.1982
'Saya bekerja sembilan hari seminggu'Akhbar:  Utusan Malaysia19.07.2004
123

Kembali ke atas