Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ku] | بکو

Definisi : 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ku] | بکو

Definisi : 1 keras atau kental kerana sejuk (ttg cecair): Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. 2 ki ditangguhkan berlakunya sesuatu; tidak bergerak: Pengambilan kakitangan diarahkan ~ buat sementara. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. kebekuan keadaan beku. pembekuan perihal membeku atau membekukan. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Beku bahasa, jumud pemikiranAzman HussinBerita Harian (Sastera dan Budaya)27.04.2001
Pemikiran beku tak dapat lahirkan tamadunMuhd. Nasiep AbdullahUtusan Malaysia25.05.1990
Minyak BekuMohad Said ZainalUtusan Malaysia01.10.1993
Wangian Ais BekuAli Termizzi H.R.Bacaria17.01.2007
Fikirku Yang BekuZainon Mohd. NoorMingguan Famili03.04.1987
Dalam Mimpi BekuMartiee Ayu LatifahMingguan Famili22.01.1986
Teater Kelantan bekuRosli Mohd. NoorBerita Harian18.04.2000
Bahasa baku yang bekuTok SelampitWatan22.10.1988
Sajak Melayu mutakhir: beku dan kaku?Hazemi RamliWatan24.12.1988
Hati-hati Yang BekuNor AkilaMingguan Perdana01.06.1986
123

Kembali ke atas