Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;berbelas = ~ hati; berasa belas hati; ~ kasihan berasa belas dan kasihan: barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas: banyak cerita yg ~;pembelas (orang yg) mudah atau selalu berbelas hati: Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yg ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata pelengkap utk menyebut bilangan antara 11 hingga 19; se~ sepuluh dan satu; dua ~ sepuluh dan dua;belasan bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun;berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19: dlm suratnya ~ tahun yg telah lalu, disebutnya perkara ini;kesebelasan pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pelengkap sebutan utk bilangan antara 11 dgn 19. berbelas-belas jumlahnya tidak tentu tetapi antara 11 dgn 19: ~ buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. belasan bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. sebelas (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. kesebelas peringkat atau tingkat yg nombor sebelas. kesebelasan pasukan yg terdiri drpd sebelas orang, spt pasukan bola sepak: Dlm pertandingan itu, ~ Brazil berjaya menjadi johan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cahaya belas kasihmuValerie Jassie Re. JuNew Sabah Times27.01.2008
Tujuh Belas RamadanAzmi TaibMingguan Malaysia05.10.2008
Sembilan belas acara menghiasi Minggu Sastera 1994ArafahMingguan Utara25.09.1994
Lapan belas tahun terajui Bukit BintangTiadaMingguan Malaysia20.08.1995
Dua belas gurindam Raja Ali merupakan nasihat diriHamdan HassanMingguan Wanita26.09.1976
Lapan BelasIna Marjana UlfahBerita Minggu18.12.1994
Sembilan Belas Sembilan PuluhZabinis B.MWatan01.12.1986
Dua Belas Kali SengsaraIlias ZaidiUtusan Zaman01.10.1978
Puteri Dua BelasMarzuki Nyak AbdullahMingguan Wanita03.10.1986
Sudah lima belas hari anda berpuasaHantu RayaUtusan Melayu27.06.1983
123

Kembali ke atas