Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perbezaan 'berasa' dan 'merasa'Foziah TaibBerita Harian17.05.1995
Rasa, berasa dan merasaNik Safiah KarimBerita Harian27.03.1995
Pernahkah kira berasa syukurAzaika S. RHarian Watan22.07.1997
Ungku Aziz wajar berasa banggaTan Chee KhoonWatan29.04.1988
Penggunaan rasa, terasa, berasa dan merasaAdibah AminBerita Harian21.07.1982
Penulis tempatan tidak wajar berasa rugiPena MutiaraBerita Harian (Sastera dan Budaya)01.02.2001
Seri Paduka seru rakyat berasa megah dengan bahasa MalaysiaTiadaUtusan Malaysia29.08.1981
"Setiap rakyat negara ini mesti berasa kasih, bangga dan selalubersedia untuk berkorban"Haji Hassan AliUtusan Zaman14.12.1982

Kembali ke atas