Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berbunga KasihMawar TSabah Times01.05.1994
Berbunga Sebuah ImpianRejab F. IBacaria27.03.1983
Berbunga Di Hujung MusimRamlah AtanMingguan Wanita01.10.1989
Berbunga HidupJ. M. AzizBerita Minggu23.12.1990
Berbunga Tidak BerbauSharipah YusopMingguan Wanita14.04.1989
BerbungaMohamad Nordin Hj. AbdullahMingguan Wanita24.09.2004
Hati Berbunga Kala Takbir Bergema [Bahagian Pertama]Hamizul Abdul HamidUtusan Melayu22.09.2008
Hati Berbunga Kala Takbir Bergema [Bahagian Kedua]Hamizul Abdul HamidUtusan Melayu29.09.2008
Hati Berbunga Kala Takbir Bergema [Bahagian Akhir]Hamizul Abdul HamidUtusan Melayu06.10.2008
"Kasih Berbunga Sepanjang Musim"Goh, Peter AugustineMingguan Malaysia02.03.1980
1234567

Kembali ke atas