Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. memberitahukan menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb): Dia ~ kemalangan jalan raya itu kpd pihak polis. pemberitahuan 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. pemberitahu orang atau pihak yg memberitahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beritahu

Peribahasa

55

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Beritahu Pada Perempuan ItuSiti Norma SenapiMingguan Wanita31.05.1996
DBP, harap beritahu mana betul?Badrul Hisham Abdul AzizUtusan Malaysia09.10.1993
Pengarang 'Challenger' beritahu dia menulis bukan untuk perhimpunanagungTiadaUtusan Malaysia17.01.1990
Kassim Ahmad beritahu dia sedar Maip isytiharkan dirinya murtadTiadaUtusan Melayu05.01.1991
Burung-burung diminta beritahu awan....TiadaUtusan Malaysia10.11.1982

Kembali ke atas