Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ji.wa] | برجيوا

Definisi : 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ji.wa] | برجيوا

Definisi : 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Peribahasa

158

A man is remembered by his deed

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berjiwa besarAdam SallehHarian Metro06.04.2008
Berjiwa BesarAhmad SarjuMingguan Malaysia26.09.1993
Burung Berjiwa ManusiaYulis AlwiMingguan Wanita08.06.1984
Ensiklopedia berjiwa InggerisRashid AhmadUtusan Malaysia18.05.1993
Dahlan ...berjiwa besar - Arena WatiSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia11.09.1997
Manusia berjiwa besar kerana kasih sayangMazwin MohamedMingguan Famili08.07.1990
Lelaki berjiwa wanitaIsmail SupandiHarian Metro24.07.1991
Warga berjiwa besar buat Perdana Menteri sebakJamudin IdrisBerita Minggu (Sastera dan Budaya)12.11.2000
Pelukis kecil berjiwa besar - Negeri Sembilan memberi scholarshipistimewaTiadaUtusan Melayu01.08.1954
Masyarakat yang berjiwa kecilKeris MasUtusan Malaysia02.02.1986
123456

Kembali ke atas