[ber.ke.nan] | برکنن
Definisi : 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ke.nan] | برکنن
Definisi : 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)