Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kha.yal] | برخيال

Definisi : 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah­olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kha.yal] | برخيال

Definisi : 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khayal (kata nama)
1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,

2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,

Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berkhayal dengan sejarah bukan untuk keagungan zaman silamMahathir MohamadUtusan Malaysia13.02.1984
Penulis jangan berkhayalMohd Sakuan Haji DaudWatan20.06.1989
Banyakkan ibadat daripada berkhayal sahajaK.BaliNusantara15.12.1991
Gunakan ilmu bukan berkhayalRaja Yusoff Raja AriffinBerita Minggu29.07.1990
Sajak santapan jiwa orang berkhayalMohd Zati HamidBerita Minggu04.04.1993
Contohi penyair di zaman Rasullullah: usah hanya berkhayalAziz DesaBerita Harian25.04.1991

Kembali ke atas