Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Nyiur manis dimakan rusa,
     Peti belayar Negeri Keling;
Buat manis hadapan kita,
     Hati berkisar tempat lain.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perbincangan berkisar di sekitar masalah taraf manusiaTiadaUtusan Zaman02.08.1987
Teater berkisar perang Bosnia dipentaskanTiadaBerita Harian08.08.1998
Persoalan masih berkisar pada masalah manusia berkelompok besar ataukecilRamli IsinUtusan Zaman13.03.1983
Teater Paman 2 berkisar nilai budaya baru pentas drama SabahTiadaNew Sabah Times11.05.2006
Filem berat masih berkisar pada kisah lama: sambutan dingin penontonMohammed Haji SallehBerita Minggu04.12.1988

Kembali ke atas