Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Orang berpantun di Kampung Hulu,
     Sambil mencabut ulam bermi;
Tujuh tahun musim berlalu,
     Baru tersedar rumput di bumi.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berlalu Musim PerpisahanChew, BettyBacaria25.07.1987
Berlalu Musim PerpisahanBetty ChewBacaria25.07.1987
BerlaluK. BaliSabah Times18.03.1993
Berlalu Musim RinduNabiha IshakWarta Perdana03.11.1996
Berlalu Sudah Biduk DeritaAbdullah AwangMingguan Wanita18.04.1997
Seminggu berlalu..Azah AzizMingguan Malaysia11.05.1976
Semusim BerlaluPutera AbadiBorneo Mail03.10.1993
Semalam BerlaluShahshiraBacaria20.12.1986
Biarkan BerlaluS.Othman KelantanUtusan Zaman21.05.1981
Musim BerlaluJamaluddin AhmadMingguan Watan07.01.1996
12345678910

Kembali ke atas