Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kalau guru makan berdiri,
     maka muridnya makan berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berlari dan Terus BerlariShamsir H. MUtusan Melayu16.01.1998
BerlariGunawan MahmoodUtusan Zaman15.06.1986
Bulan BerlariLim Swee TinBerita Harian05.09.1992
Bulan BerlariLim Swee TinBerita Harian05.09.1992
Bulan BerlariLim Swee TinBerita Harian (Perspektif)04.09.1992
Tika Masa BerlariHasmora MasnuriMingguan Malaysia01.06.2008
Berbogel dan berlari dikhalayak ramai perbuatan gila - HamkaTiadaUtusan Malaysia20.03.1974
Aku Yang BerlariAbd. Rahim MuhammadHarakah25.09.1995
Teater elit berlari di padang orang?Zainun MahmudBerita Minggu13.12.1981
Aku Pun Berlari Menguburkan Bintang-bintangNoor AzuanBerita Harian (Singapura)10.07.1983
12

Kembali ke atas