Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mersa Berpadu (Hormatku pada Dr. M dan Pak Lah)A. Aziz DeramanBerita Harian23.07.2006
Puisi berpadu lagu membawa nilai baru menawan hatiHanizam AbdullahBerita Minggu05.07.1981
Australia - Melaka berpadu tenaga anjur majlis eksposisi karyawanSri LanangUtusan Melayu09.02.1972
Penulis diseru berpadu bawah satu gabungan yang diiktirafTiadaBerita Harian09.04.1983
Tiga koreografer berpadu tenaga bina TitianJamudin IdrisBerita Minggu14.05.1995
Tujuh badan budaya berpadu tenaga jayakan drama 'Post Mortem' 17SeptemberTiadaUtusan Malaysia14.07.1990
Ilham dan perasaan penyaer berpadu dalam 'Tinta dan Hati'A. R. HilmyBerita Minggu06.02.1972
Unsur-unsur moden dan klasik berpadu di Sang PuteriHarun MohamadBerita Minggu18.11.1979
Dewan Bahasa dan Pustaka, Gapena berpadu tenagaRaja Yusof AriffinMetro Ahad19.11.2000
Warisan muzik Malaysia '86: Sapeh, gamelan dan kulintang berpadu iramaZubairi ZabidinBerita Harian15.09.1986

Kembali ke atas