Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berpaut sehasta tali.

Bermaksud :

Tidak dapat berbuat sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berpaut Dipohon MakrifatShukri SaifuddinBorneo Mail14.01.1996
Berpaut pada AmerikaAnwar RidhwanUtusan Malaysia28.10.1997
Berpaut Di Dahan RapuhNoora Mohd ZawiBacaria14.09.1991
Berpaut Hati Di Dahan TuaNorhisham MustafaMingguan Wanita01.09.1982
Kasih BerpautSitti Rahmah G. IbrahimSabah Times02.11.1985
Tempat BerpautAripin SaidMingguan Wanita19.06.1992
Tempat BerpautAripin SaidMingguan Wanita01.06.1992
Rindupun BerpautKelly Carolina ChaiMingguan Kota18.05.1988
Nasionalisme Melayu berpaut pada agama?S. Othman KelantanBerita Minggu23.11.1980
Ulasan [Kasih Berpaut]K. BaliSabah Times02.11.1985
12

Kembali ke atas