[ber.tem.bung] | برتمبوڠ
Definisi : 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.tem.bung] | برتمبوڠ
Definisi : 1 berjumpa dgn tidak disangka-sangka; terserempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)