Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membaca berulang-ulangShaharom TM SulaimanHarian Metro16.08.2006
Dialognya berulang-ulang seolah2 kekeringan idea...Hatta Azad KhanBerita Harian25.02.1977
Rindu BerulangFang L. CBerita Pelita01.10.1984
Sejarah berulang lagiAwang SelamatMingguan Malaysia08.11.1992
Magis PGLtM berulangTengku Suzana Raja HamatKosmo19.06.2006
Pertemuan Yang BerulangMohd. Isnin TawafMingguan Wanita16.12.1983
Tradisi yang berulangSalleh YacobWatan12.12.1989
Tak Akan BerulangZairis M. SBerita Minggu13.08.1967
Masalah buku berulang lagiTiadaBerita Harian15.11.1978
'Cacat' jangan berulangZabidi HitamWatan20.08.1982
1234

Kembali ke atas