Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bestari

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bestari atau bistari...?TiadaUtusan Malaysia19.03.1987
BestariFudzailMingguan Malaysia17.05.1998
Komuniti Bestari Luagan johan debat merdekaTiadaUtusan Sarawak30.06.2008
Pesan BestariJemat GaniUtusan Sarawak 
Layar Bestari satukan masyarakat : wayang pacak boleh pupuk modal insan di luar bandar serba kekurangan.Francis AndinBerita Harian06.01.2009
Pengguna BestariWadi Leta S.A.Utusan Pengguna01.01.2008
Sekolah bestari untuk yang layakWahid HashimUtusan Malaysia19.12.1996
Bandaraya Melayu Bestari satu tekad menuju abad ke 21TiadaHarian Watan (Gagasan)30.11.1996
Kelab pelajar Bestari dilancarTiadaBerita Harian16.06.1997
Siri Insan Bestari: semai akhlak mulia untuk remajaTuan Hasnah Raja HassanUtusan Malaysia28.03.1998
123456789

Kembali ke atas