Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.ya] | بياي

Definisi : 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.ya] | بياي

Definisi : wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos: ~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. pembiaya orang atau pihak yg membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biaya


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Biaya Penyelidikan PenerbitanTiadaSabah Times21.03.1991
Biaya bahasa DBPTiadaBorneo Mail15.03.1995
Biaya Penyelidikan PenerbitanTiadaSabah Times19.03.1991
Kedah biaya 2 orang penulisnya ke hari sasteraTiadaBerita Harian13.09.1973
Kementerian biaya projek ensiklopediaTiadaBerita Harian08.06.1996
Penerbit setuju biaya promosiZainuri MisfarBerita Harian19.01.1993
KARYA cari biaya pementasanAkhbar:  Utusan Malaysia14.02.2005
RM 46 juta biaya muzium MelayuTiadaHarian Metro13.04.1996
DBP mahu korporat biaya terbitan buku ilmuSABerita Harian27.01.1994
Pasar Seni untuk biaya ekspedisi sainsTiadaUtusan Malaysia02.07.1985
12

Kembali ke atas