Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya; membunuh ~ menutup lubang tiris; 2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar; 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~; 4. bp selalu buang air; ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;membocorkan 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; bocoran 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor;kebocoran 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~;pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan: ~ rahsia;pembocor orang yg membocorkan (rahsia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1 lubang (spt yg terdapat pd atap) yg menyebabkan cecair dpt masuk atau keluar: Atap ini perlu diganti kerana terlalu banyak ~nya. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Baldi yg ~ itu sudah tidak dpt digunakan lagi. 3 sudah diketahui orang lain (ttg sesuatu rahsia): Bagaimana rahsia kita sampai ~ ke pihak musuh? ~ mulut tidak dpt menyimpan rahsia. membocorkan 1 menjadikan bocor atau berlubang: Siapa yg ~ tayar basikalku ini? 2 memberitahukan atau membuka sesuatu rahsia kpd orang lain: Orang yg ~ rahsia kita ini akan menerima balasannya kelak. kebocoran 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. pembocoran perbuatan atau hal membocorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bocor

Peribahasa

Seperti tempayan bocor.

Bermaksud :

Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
atap BocorZakaria HamdanWarta Perdana14.08.1994
STPM bocor: GPMS kecewa keputusan MPM tidak mahu umum siasatanTiadaUtusan Malaysia21.06.1984
Dakwaan bocor kertas satu bahasa Malaysia sedang disiasatTiadaDaily Express07.11.1989
Mohamad Nasir bocor rahsia kerajaan?Subky LatifWatan05.12.1980
A. Samad Said bocor rahsia di - UPMA. F. YassinUtusan Zaman20.10.1996
Laporan siasat STPM bocor "longgar"TiadaUtusan Malaysia23.06.1984
Beberapa rahsia akan bocorPak SakoWatan28.01.1989
Kertas Bahasa Inggeris UM bocor ?Rokiah KadirBerita Harian24.02.1984
Kertas Bahasa Inggeris UM bocor dinafiTiadaUtusan Malaysia25.02.1984
Kes kertas soalan SPM bocor: tujuh didakwa mengikut OSAAmir HashimBerita Minggu26.11.1989
12

Kembali ke atas