Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bur] | بوبور

Definisi : sj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bur] | بوبور

Definisi : makanan drpd kacang hijau dll yg dibuat lembik serta berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubur

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bubur Nasi KangkungJasni MatlaniUtusan Borneo28.04.2008
Bubur lambukBalkis AhmadBerita Minggu26.01.1997
Bubur Kacang OpahIzal ShahBerita Minggu09.10.2005
Aiskrim bubur kacang hijau.Nor Hidayah AsariUtusan Borneo17.11.2008
Jual bubur kacang di sekolah Sungai Korok LamaAwang Had SallehUtusan Malaysia12.09.1990
Sup, bubur dan pengatAzah AzizUtusan Zaman12.09.1976
Semangkuk Bubur PulutNur R. C. DisaBerita Minggu01.12.1982

Kembali ke atas