Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bunyi-bunyi sukar bagi lidah asingAnita RizalBerita Harian10.03.1982
Bunyi bahasa ikut ejaan, syor AdibTiadaUtusan Melayu16.07.1979
Bunyi bahasa mana-kah yang harus di-rasmikan?Daud BaharumBerita Harian29.08.1961
Bunyi katil di bilik sebelahA. Wahab AliMingguan Malaysia04.12.1977
Bunyi terbuka akhir dalam ejaan klasikMatlobUtusan Malaysia19.11.1996
Bunyi gitarYudhie EsMingguan Famili11.01.1987
Bunyi sebutan bahasa Malaysia ikut DBP - AdibTiadaBerita Minggu15.04.1984
Bunyi - BunyianWan Ahmad IsmailBacaria17.03.1991
Bunyi-bunyian Malaysia ...TiadaSabah Times14.09.1992
Bunyi jati huruf jawiPak MatlobBerita Minggu18.09.2005
12345

Kembali ke atas