Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.li/] | چليق

Definisi : 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan kom­puter; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla; ~ mata sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, menge­tahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkat­­kan ~ seni di kalangan masya­rakat umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celik

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Celik sejarah dan celik budaya generasi baruA. Aziz DeramanSinar Harian18.12.2008
Celik budaya tanggungjawab semuaTiadaBerita Harian19.07.1997
CelikNoor SiregarMingguan Utara27.11.1994
Celik huruf: siapa yang harus disalahkan?TiadaBerita Harian27.12.1994
Anak celik pembela jawiSalina AimanUtusan Melayu01.05.2006
Program celik budaya belia Johor rancakAbdul Jalil IshakBerita Harian01.05.1997
Bangsa celik sains dan teknologiA. Aziz DeramanUtusan Malaysia26.09.1995
Buku siri celik sains DBPAngelina SinyangUtusan Malaysia15.06.2000
'Kita perlu celik hak cipta lindungi kepentingan'Salbiah AniBerita Harian02.04.2003
Pelajar sastera perlu celik sainsSalina AbdullahBerita Harian29.10.1998
12

Kembali ke atas