Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mar] | چمر

Definisi : 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak mur­ni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalang­an masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cemar bahasa kerana sikapRabiey BesahBerita Harian08.12.1983
Cemar Dan NodaWan Razuhar AZMingguan Perdana17.06.1984
Cemar sudah budayaWan Zahari AliBerita Minggu01.03.1981
Cemar bahasa dan ejaan: mana badan bertindak?SusilawatiBerita Minggu04.10.1981
Cemar bahasa: Abdullah Munshi bimbang sejak 100 tahun dulu...Mansor Ahmad SamanBerita Minggu22.07.1979
Cemar bahasa: mengapa tiada sikap tegas?K. WahabBerita Minggu01.05.1983
Singkatan cemar bahasa?TiadaHarian Metro28.01.2009
Lirik cemar bahasa, rosak tamadun MelayuTiadaHarian Metro15.02.2007
Jangan cemar FFM9 dengan Raja MendeliarSaodah IsmailHarian Metro30.05.1991
Bahasa cemarTiadaUtusan Malaysia27.11.1978
12345

Kembali ke atas