Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cerdik pandai diminta manfaatkan 756,264Akhbar:  Berita Harian16.01.2002
Cerdik pandai disyor bukukan adat perpatihTiadaBerita Harian19.08.1985
Cerdik pandai diseru kaji pemikiran orang Melayu dahuluTiadaUtusan Malaysia04.10.1983
Cerdik pandai tak hirau Bahasa MalaysiaSharifah Abu SalemBacaria14.04.1985
Cerdik cergas, cekap, jujurPak Pandir ModenUtusan Malaysia25.02.1982
Cerdik Lain MacamAhmad TehUtusan Zaman18.01.1987
Cerdik pandai alu-alukan usaha Utusan MalaysiaTiadaMingguan Malaysia11.12.1983
Cerdik pandai agama diseru ceburkan diri jadi penulisTiadaUtusan Zaman29.07.1973
Komputer cerdik Ainun boleh betulkan ejaanBadrul Hisham Abdul AzizUtusan Melayu29.01.1991
Dialog cerdik menilai filem-filem Hussein HaniffAziz TalibBacaria03.09.1986
123

Kembali ke atas