Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.co/] | چوچوق

Definisi : 1. sesuai benar, kena benar, sepadan (dgn): namanya telah ditukarnya dgn nama yg ~ dgn kehinaannya; 2. setuju, bersefahaman, sepakat: mereka tidak ~ lagi utk hidup sbg suami isteri; 3. sama benar, tidak berbeza: kita tidak akan bertemu dgn dua fikiran yg ~ tentang lukisan ini selagi fikiran itu dilahirkan oleh dua orang manusia; 4. tepat, betul: jamnya tidak ~; 5. setuju di hati, suka: apabila ~ rasanya, bolehlah dipesan barang ini dgn segera; 6. serasi: ubat ini tidak ~ dengannya; secocok sesuai (dgn), setuju: sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dgn Jamilah; ketaksecocokan keadaan tidak secocok: ~ antara dua sistem nilai; mencocokkan 1. menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dll); 2. membandingkan dll utk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dll); 3. memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam; kecocokan perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.co/] | چوچوق

Definisi : 1 kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2 sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3 tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4 serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5 betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocok­kan men­jadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cocok

Peribahasa

Seperti cincin dengan permata.

Bermaksud :

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Karya kita tidak cocok?Mulia KurniawanBacaria21.09.1994
Penerima S. E. A. Write Awards ke-16: Wahab Ali pilihan cocokSiti Rihayah AttanMingguan Malaysia25.09.1994

Kembali ke atas