Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dang.kal] | دڠکل

Definisi : 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan sese­orang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik; mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal; kedangkalan perihal dangkal: memang ter­nyata ~ pemikiran itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dang.kal] | دڠکل

Definisi : Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2. tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn pekerjaan dll); dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dang.kal] | دڠکل

Definisi : 1 tidak dalam; cetek; tohor: Perigi itu ~ saja. 2 belum mendalam benar (bkn pengetahuan dll): Pengetahuannya ttg ilmu kemasyarakatan amat ~. mendangkalkan membuat (menjadikan) dangkal; mencetekkan. kedangkalan keadaan dangkal; kecetekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangkal

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dangkal dan SangsiAl HisyamUtusan Melayu14.08.2000
Sepatah kata: dangkalTiadaUtusan Borneo19.11.1996
Sepatah kata: dangkalTiadaUtusan Borneo04.01.1997
Persenda pantun atau dangkal ilmu?Unsuri BakhtiarBerita Harian (Sastera dan Budaya)15.11.2000
Pengkritik sastera Melayu yang dangkalAhmad J. HuseinMingguan Malaysia12.12.1993
Kritik sastera Indonesia masih dangkalNazar AbdulBerita Harian17.05.1997
Novel Anugerah ...kritikan Mohamad Daud dangkalA. J. SamahUtusan Malaysia22.06.1997
Penyair yang 'taksub' atau masyarakat yang 'dangkal'Zainal Mohd. JaisMingguan Perdana22.10.1989
Skrip drama penulis2 muda lemah dan dangkal olahannya?Zanariah Wan A. RahmanBerita Harian14.05.1978
Penulis-penulis muda kita hasilkan karya 'dangkal'Wahid KasranMingguan Malaysia03.02.1991

Kembali ke atas