Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dah] | دده

Definisi : ; terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri; dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan; pendedahan 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dah] | دده

Definisi : ;mendedahkan 1 membuka sesuatu yg tertutup: Dia ~ hidangan itu. 2 menampakkan atau memperlihatkan sesuatu yg sepatutnya tertutup (terlindung): pakaian yg ~ belakang. 3 memecahkan rahsia atau membentangkan perkara-perkara yg tidak diketahui sebelumnya: Polis telah ~ segala kelakuannya yg tidak baik itu kpd hakim. 4 memperkenalkan (memberitahukan) sesuatu perkara dsb: Kita seharusnya ~ hal-hal dunia luar kpd kanak-kanak. terdedah 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya. pendedahan 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu. dedahan sesuatu yg didedahkan; hasil mendedahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dedah taktik pembangkangMohd Haflah PieiBerita Harian13.09.1990
Dedah masalah penulis muda dalam penulisan kreatifDaniel Jebon JanaunBorneo Mail13.07.1997
Dedah prejudis m'rakat terhadap penulis dan sasteraDaniel Jebon JanaunBorneo Mail22.06.1997
Dedah pergolakan dunia perubatan secara kreatifTalib SamatBerita Harian26.04.1990
Dedah kelemahan perlaksanaan dasarRadzuan GhazaliHarian Metro30.12.2002
Dedah teknik penulisan eseiSahlina SahkirinHarian Metro (Variasi)15.02.2005
Dedah Kehidupan ArtisShanty Octavia AmryWarta Perdana11.09.2005
Buku dedah hasil cedokan P. RamleeElrafaei SapiHarian Metro01.05.2008
Khalid dedah interaksi seniAmirul FakirBerita Harian13.05.2008
Masterclass dedah skil lakon layarNor Akmar SamudinHarian Metro30.11.2007
123456789

Kembali ke atas