[de.gar] | دݢر
Definisi : bunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll); ~-~ merapati =~-~ perapatkan prb perselisihan (dlm hal keluarga, suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan; berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn percakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)