Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[deng.ki] | دڠکي

Definisi : 1. = kedengkian kebencian (ke­marahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati): tiada aku mengadakan segala per­kataan ini oleh sebab ~; difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya; 2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dsb) ter­hadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yg amat sangat: apalah gunanya kita ~ se­sama kita; berdengki-dengkian saling berdengki; berdengki-dengkian saling berdengki; mendengki dengki pd (terhadap), menaruh ke­­bencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yg amat sangat): tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri; dengki-mendengki saling berdengki: se­mua penduduk Madinah tidak harus ber­musuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain; pendengki (orang yg sifatnya) suka men­dengki: Ahmad itu ~ sungguh orangnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[deng.ki] | دڠکي

Definisi : tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati. berdengki menaruh perasaan dengki (benci, marah dll): Apa faedahnya ~ antara adik-beradik? mendengki menaruh perasaan dengki terhadap; berasa iri hati akan; berdengki kpd: Tidak baik ~ saudara sendiri. dengki-mendengki saling mendengki: Usah kita ~ sesama sendiri. kedengkian sifat atau perasaan dengki. pendengki orang yg berdengki atau mendengki: Saya tidak suka kpd ~ spt dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengki


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dengki, iri hati punca Melayu mundur?Rustam A. SaniUtusan Malaysia04.12.1995
DengkiIbrahim OmarUtusan Melayu (Mingguan)01.03.2003
Dengki orang kampung tak sama dengan dengki orang besarAzizi Haji AbdullahUtusan Zaman04.01.1976
Sikap dengki membakar diri, anak jadi seteruTiadaUtusan Zaman20.10.1985
Perasaan hasad dengki hancurkan dunia sastera MalaysiaSalbiah AniBerita Harian09.08.2007
Gelagat orang dengki di kampung didedahMuhd. Mansur AbdullahBerita Minggu11.01.1981
Gurindam Menghindari Hasad DengkiNazim Mohd SubariBerita Minggu03.02.2008
Surat layang, hasad dengki, fitnah SMS, e-mel, hantui kejayaan MelayuKalimullah HassanBerita Minggu17.10.2004
Putri Patmawati papar hasad dengki manusiaNorzilawati SidekBerita Harian (Sastera dan Budaya)09.03.2004
Beza iri hati, cemburu, dengkiBambang SM SaidHarian Metro22.03.2004

Kembali ke atas