Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.kri.mi.na.si] | ديسکريميناسيبر

Definisi : perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan; ~ kaum layanan yg ber­beza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dr segi kedudukannya dlm masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dr­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yg lebih beruntung drpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.kri.mi.na.si] | ديسکريميناسيبر

Definisi : perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll): Di sekolah-sekolah pun ada juga timbul perkara ~ antara murid-murid. ~ harga perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan. ~ kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. mendiskriminasikan membeza-bezakan antara satu sama lain; memberikan layanan yg istimewa (berlainan) kpd golongan, negara dll tertentu: Terdapat golongan rendah yg didiskriminasikan oleh pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskriminasi


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Diskriminasi Rumah ManusiaSirodamosaUtusan Malaysia24.10.1995
Diskriminasi: reaksi terhadap tulisan JalilMarsli N. OBerita Harian19.06.1995
Diskriminasi jantina bawa kesan positifAdam A. KadirUtusan Malaysia09.04.2003
Ada diskriminasi dalam PPPBM?Mokhtar bin YusofBerita Harian12.02.1974
Sabotaj dan diskriminasi di Universiti Malaya?TiadaUtusan Melayu27.03.1970
Rumah Manusia...tolak diskriminasiAzman IsmailUtusan Malaysia19.10.1996
Karyawan kesal sikap diskriminasi, tidak telusAkmal AbdullahBerita Harian (Persada Seni)14.04.2004
Rumah Manusia kemuka persoalan diskriminasi kaumJamudin IdrisBerita Harian26.10.1995
Anugerah Nobel sastera Nusantara mangsa diskriminasi?Azman IsmailUtusan Malaysia11.06.2007
Penulis wanita diberikan layanan sama rata: diskriminasi tidak wujudNordin SaadMingguan Malaysia19.01.1997
12

Kembali ke atas