Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nau] | اناو

Definisi : sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera; ~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~ tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nau] | اناو

Definisi : nama sj palma; kabung, Arenga saccharifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enau

Peribahasa

Enau mencari (= memanjat) sigai.

Bermaksud :

Perempuan mencari lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
EnauMat Daud MollyBacaria23.11.1988
Enau, Rumput dan AnggerikNoraini BuyongBerita Harian (Sastera dan Budaya)18.10.2000
Jangan jadi enau dalam belukarSalbiah AniBerita Harian21.08.2008
Siapa sebenarnya enauZakariya AhmadBerita Harian18.04.1992
Ada kumpulan teater bersikap seperti enau dalam belukarHaslina AhmadMingguan Wanita10.06.1988
Anak muda sastera dan pucuk enauAkhbar:  Utusan Malaysia01.11.2004

Kembali ke atas