Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad SAW. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Enggan patuhi arahan: kebenaran perhimpunan di masjid NegaraIskandar Shah MohamedHarian Metro08.03.2009
Enggan minta maaf isu ketuananTiadaBerita Harian04.11.2008
Enggan wayang kulit berkuburMohd. Zaini Samsu HadiKosmo03.07.2007
Enggan angkat sumpah: MIC Selangor ikut cara MCA PerakSubky LatifWatan20.01.1981
Enggan Ulangi Derita IbuNoraini Abdul JalilMetro Ahad14.01.2001
Zubir enggan berundurSani KamarudzamanHarian Metro31.05.2006
Penonton enggan menolong 'Mencari Si Hitam'Hatta Azad KhanBerita Harian29.01.1977
Sikap enggan edar buku dalam Bahasa Malaysia ditegurBernamaSabah Times14.03.1988
Syamsul enggan balik ke SabahR. Hamzah DuaBorneo Mail28.04.1993
MSD enggan perkenalkan bahasaDzulkfley ZanudinBerita Harian25.08.1995
123456

Kembali ke atas